Wednesday, March 16, 2011

Monday, February 14, 2011

salam maulidur rasul

Assalamualaikum, bersempena 12 rabiul awwal, hari kelahiran nabi muhammad saw, kak yah mula berblog untuk ambik berkat setelah sekian lama try nak creat blog sendiri asyik tertangguh. Dengan rasa rendah diri kak yah persembahkan blog kak yah THE REST OF MY LIFE (sebenarnya dapat idea dari lagu maher zain, lirik lagu tu buat kak yah rasa sedih bila menghayati dalam kerete dengan husband). Dalam blog ni nanti kak yah akan cerite lah aktiviti kak yah sebagai seorang surirumah sepenuh masa setelah berhenti kerja atas arahan si suami, sebab nak jadi isteri misali dan ibu kepada anak-anak remaja (3 orang, 1 anak dara, 2 anak teruna), bolehlah juge kongsi resipi2 dari pantai timur dan utara, sebabnya kak yah orang utara, dan suami orang kelantan, kiranya budu bertemu kari. dalam blog ni nanti kak yah nak cerita pengalaman kak yah merantau ke negara orang, tapi tunggu lah entry akan datang ye.  Ok kak yah mengundur diri dulu jumpa lagi, have a nice day